Reload!


Mengekalkan tahap motivasi tertinggi dalam diri bukan mudah.
Sebab itulah ada waktu kita rasa okay, rasa tak okay, rasa down,rasa terlebih okay dan segala rasa.

Positif
Kekalkan berada dalam kelompok yang positif.
Secara tak langsung kita akan dapat serap tenaga positif itu.
Keluarga,rakan,cerita,lagu,kata-kata motivasi. Cari cara yang paling sesuai!

Rasa down
Sedangkan air ada pasang surutnya.
Biasala sesekali rasa down tu. Yang penting, jangan ambil masa yang lama untuk jadi positif semula.
Kadang-kadang rasa susah ini bagus jugak untuk jadikan kita lebih kuat dan berazam!

Dalam diri
Kuatkan semangat dalam diri yang paling penting.
Nak berjaya, memang banyak liku yang perlu kita hadapi.
Dan liku pulak takkan berhenti selepas kita dah berjaya.
Masa tu, pasti ada halangan lain yang akan kita jumpa nanti

Okay!
Masa untuk reload semuanya.
Lebih positif dan mulakan langkah-langkah untuk mencapai impian.




Catat Ulasan