Tudung sekolah dan Fabric Starch

Nostalgia tudung sekolah.
Rasanya, kalau dicari dalam album memang tiada satu pun gambar aku bertudung sekolah yang masih ada. Semuanya hilang. Tapi okay, sebab semua kenangan tu masih ada dalam hati.
Bermula dengan tudung sekolah yang senget benget masa aku pakai di sekolah rendah, sampaila tudung sekolah yang cun melecun bila dah sekolah menengah.
Bukan aku yang cun! tudung .... maksudnya kalau pakai tu mesti nak cantik terletak je.

Kelepet
Kelepet boleh dihasilkan dengan melipat fabrik ke sebelah dalam seperti hujung seluar atau hujung tangan baju. Tapi kelepet tudung lain . Kita lipat fabrik ke dalam, berdekatan bahagian telinga kiri dan kanan. Ada yang siap letak jarum lepas kelepet tudung. Lagi kemas katanya.

Kelepet tudung atau tak..
kalau dah cun tetap cun jugak kan!
Imej
Pada aku, pakai tudung sekolah dengan kemas itu penting.
Kalau senget benget atau tak jadi tudung tu, memang tak ada mood nak pergi sekolah.
Oh aku lupa, ayat ni selalu kita cakap dengan kawan baik kita dekat sekolah
Eh..tudung aku jadi tak? bukan sekali kita tanya! Lalu tepi kereta cikgu pun mesti nak tengok tudung jadi ke tak kan?

Fabric starch VS Lilin
Masa sekolah dulu, guna lilin je la untuk keraskan tudung.
Lepas dah kenal fabric starch mudahla sikit kerja.
Sembur lepas tu iron. Bila basuh kanji pun hilang...senang je.
Siapa nak pinjam fabric starch aku tak boleh masa tu kecuali BFF.haha.

Hujan
Fabric starch akan hilang bila kena air. Jadi kalau hujan tu selamatkan tudung masing-masing ya.
Sebab tudung yang kelepet cantik guna fabric starch terus akan lembik bila kena hujan.

Zaman aku, susah jugak nak cari fabric starch.Kadang2 pergi supermarket round-round tak jumpa jugak. Balik kecewa! Tapi sekarang zaman di hujung jari kan. Yang penting ada duit dan mampu beli. Jadi kalau korang yang masih bersekolah tu nak dapatkan Fabric Starch beli saja online di Mulawa Fashion. Terutamanya yang duduk jauh dari kawasan  yang ada pasaraya besar, aku tau memang susah nak jumpa produk ni.


Kalau nak beli, boleh whatsapp ke 019-3720661 atau pm inbox FB page Mulawa Fashion ya!

Tiba-tiba aku rasa rindu zaman sekolah!






Catat Ulasan