New Haircut

Aku memang suka potongan rambut pendek.
Kemas, senang jaga dan SUKA. hehe. Always a fan.
Okay ini kena highlight ..pendek yang tidaklah sampai menyerupai lelaki.

Seingat aku, tak pernah sekalipun aku berambut panjang sampai paras pinggang.
Asal lepas bahu je aku akan pergi gunting.
Tempat tinggal aku, ada satu salon rambut yang dikhaskan untuk perempuan sahaja.
Depan pintu ada tanda "lelaki tidak dibenarkan masuk". Best kan?

Tudung
Ya, walaupun bertudung ..itu bukan alasan untuk kita tidak mendapatkan haircut yang kita suka.
Untuk diri sendiri apa salahnya kan? Dan sememangnya dari zaman belajar lagi aku selalu pergi gunting rambut. Kalau raya orang cari baju raya kan..aku pulak sibuk nak dapatkan new haircut plus baju raya :)

Segar
Gaya rambut baru selalunya akan mendatangkan rasa "baru" dalam diri.
Pada aku la... korang boleh cuba kalau tak percaya.

Gunting rambut VS frust
Okay, yang ini aku confuse. Bukan confuse sebab baru tahu.
Tapi aku confuse kalau perkara ni dijadikan satu fakta.
Buktinya, soalan pertama yang aku terima bila beritahu pekerja salon tu aku nak rambut pendek ialah
" Merajuk ke dik ? = Frust dengan seseorang ke sampai nak gunting rambut pendek?

Takkan semua perempuan gunting rambut tu sebab frust..entah2 sebab rambut dia tertumpah cat nippon masa mengecat kan? Hehe. Okay! ini bukan sebab aku.










Catat Ulasan