3 cara menurunkan berat badan yang paling utama

Ya, setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza tentang cara terbaik untuk menurunkan berat badan. Ini pendapat aku!

3 langkah
Ini tiga perkara yang aku sentiasa percaya dapat membantu menurunkan berat badan secara berkesan.
1. Bersenam
2. Mengawal pemakanan
3. Supplement ( Pilih yang sesuai dan jangan obsess)
Dan aku andalah peminat langkah no. 1- BERSENAM

Bersenam
Always a fan!
Biasakan diri . Displinkan diri dan sentiasa konsisten melakukan senaman.
Body workout / Body toning / Cardio workout.
Ada pelbagai video yang mudah anda cari di YOUTUBE dan pelajari.
Alasan aku memilih senaman sebagai yang paling utama sangat mudah! Kerana aku tidak suka mengamalkan diet ketat. Aku tidak mahu kehilangan peluang menikmati juadah yang sedap-sedap,

Simple formula 
Kalori masuk =Kalori keluar

Kawal pemakanan
Believe me. Bukan mudah. Dugaan ada di mana-mana.
Tiba-tiba terasa nak makan. Balik kampung mak masak sedap-sedap. Outing kawan belanja.
Itu baru sikit dan aku percaya banyak lagi dugaan lain kan kalau bab makan.
Kawal di sini bermaksud anda tahu bila anda mahu berhenti atau bila anda boleh atau tidak boleh mengambil makanan yang ingin di makan. Sebagai contoh : Jika semalam anda sudah makan nasi ayam ...apakata esok tak perlu ambil nasi? atau ambil nasi dengan kuantiti yang lebih sedikit dari semalam. Di sinilah kaitan No. 1 dan No. 2 - saling melengkapi.

Supplement
atau slimming product yang banyak di pasaran.
Okay, aku mengaku aku tidak obsess dengan langkah no. 3 ini. Lagipun langkah ini memerlukan belanja berbanding langkah no. 1 dan no. 2. Walaubagaimanapun, aku tidak katakan langkah ini tidak berkesan. Bukan tiada yang berjaya menurunkan berat badan melalui langkah ini. Yang penting, anda tahu apa yang sesuai untuk anda..dan jangan mengharapkan langkah ini semata2 tanpa melakukan dua langkah di atas- senaman dan kawal pemakanan.

Aku lebih gemar mengambil produk yang memberikan faedah kesihatan berbanding yang menumpukan objektif untuk kurus semata-mata. Buat masa sekarang aku ambil stevia kerana aku dalam proses untuk mengurangkan pengambilan gula dalam minuman.


So, ini pendapat aku!
Jika anda mahu tahu lebih lanjut tentang video senaman atau di mana aku beli stevia atau apa saja tentang cara menurunkan berat badan " cara aku" silalah hubungi di mulawafashion@gmail.com atau whatsapp 019-3720661 ya.

Jom sama-sama kita jadi lebih kurus dan lebih sihat!




Catat Ulasan