Aku nak kurus dan sihat

Klik sini untuk entry yang lain tentang aku nak kurus dan sihat
********************

Semua orang nak kurus dan sihat.
Kurus yang dimaksudkan di sini bukanlah "skinny" ya.
Maksud aku ialah kurus yang yang berat badan serta ketinggian menepati ciri-ciri berat badan ideal (BMI)

3 Perkara
Untuk kurus dan sihat, aku sentiasa mempercayai 3 perkara ini.
1. Bersenam
2. Mengawal pemakanan
3. Supplement ( pilih yang sesuai )
* akan aku ulas 3 perkara ini dalam next entry nanti

Memulakan
Ya, memulakan adalah perkara paling sukar. Bayangkan, daripada tidak bersenam kerana telah meninggalkan aktiviti ini sekian lama kepada bersenam . Painful. Tetapi tidak mengapa, kerana aku bukanlah lemah sangat untuk mengalah awal. Itu yang aku beritahu pada diri sendiri semasa mahu memulakan senaman pada Oktober tahun lepas.

Sebab
Ada dua sebab kenapa aku ingin jadi lebih kurus dan sihat.
1. Rakan terdekat mengalami masalah jantung disebabkan kolestrol walaupun umur dia belum mencapai 30 tahun
2. Sedih melihat banyak pakaian dalam almari aku yang tidak muat/ tidak se"cun" dulu bila pakai.
Dua sebab ini! Trigger!

Bersenam
Setelah halangan "memulakan" berjaya ditempuh, selepas itu segalanya nampak tidak terlalu sukar. Bermula dengan mencari pelbagai video senaman di YOUTUBE, akhirnya aku jumpa juga yang sesuai dan berkesan kerana aku sendiri telah lihat hasilnya. HAPPY. Melakukan senaman sentiasa menjadi keutamaan aku dalam proses untuk kekal  kurus kerana aku bukanlah seorang yang mengamalkan diet ketat. Bagi aku simple, kalori masuk = kalori keluar, Jadi jika aku banyak makan, maka aku akan tingkatkan masa dan cara senaman .

Inspirasi/Motivasi
Ini yang diperlukan supaya tidak mudah putus asa. Semoga tulisan aku dapat memberikan inspirasi dan motivasi kepada anda yang juga seperti aku - ingin lebih kurus dan sihat. 

Banyak yang akan aku kongsikan di sini nanti, Tunggu entry seterusnya ya!



Never Give Up,













Catat Ulasan