Borong tudung masjid india di Mulawa Fashion

Borong tudung kini mudah sahaja dengan kaedah pembelian secara online.
Di Mulawa Fashion, kami menyediakan pelbagai pilihan tudung bawal dan shawl terkini untuk anda memborong.

Kuantiti
Minima pembelian untuk mendapatkan harga borong ialah 10 helai.
Untuk pembelian 20 helai, harga akan menjadi lebih murah.

Harga
Untuk memudahkan anda memilih sambil mengira harga mana yang sesuai dengan bajet anda, kami sediakan harga tertera pada gambar. Dengan cara ini, semua pelanggan kami akan mendapat harga yang sama. Telus dan anda tidak perlu risau kami mengenakan harga yang lebih tinggi atau berbeza apabila membuat pesanan nanti .


Gambar
Kami tahu, gambar adalah sesuatu yang amat penting dalam memudahkan urusan promosi perniagaan online anda, Mengambil gambar tudung mungkin satu kerja yang mudah dengan adanya smart phone. Tetapi mengambil gambar tudung yang cantik dan siap tersusun warna tudung beserta model mungkin tidak mudah bagi semua orang. Oleh itu, kami mudahkan untuk anda.

Setiap pembelian borong , kami akan memberikan anda sekeping gambar seperti di atas tanpa watermark dan info harga. Gambar tersebut akan diberikan sebaik sahaja pembayaran dibuat. Dengan erti kata lain, anda boleh mempromosi gambar tersebut walaupun tudung yang dipesan belum sampai ke alamat anda.
Jimat masa, tenaga dan bajet untuk mendapatkan gambar!

Warna
Jika boleh memang ingin kami berikan. Tetapi dalam konsep pembelian borong, kita tidak boleh memilih warna yang dikehendaki atau lebih mudah warna yang cantik sahaja. Kerana akhirnya, siapa yang ingin membeli warna tidak cantik yang tertinggal dalam simpanan bukan? Oleh itu, untuk memborong anda perlu mengambil  semua warna. Atau warna yang diberikan secara rawak kerana telah siap dibungkus.

* Warna yang boleh dipilih mestilah melalui kaedah pembelian secara runcit sahaja.
* Untuk tudung bawal kosong dan bawal amrina floral pilihan warna adalah dibenarkan

Cara order?
Mudah sahaja. Hubungi 019-3720661 melalui whatsapp/SMS sahaja. ( No call)
Ini kerana, setiap pertanyaan anda memerlukan kami membuat semakan stok terlebih dahulu.
Tiada jawapan serta merta dapat diberikan sekiranya anda membuat panggilan. Lagipun. whatsapp kan lebih mudah dan lebih jimat?Semua whatsapp akan dijawab dalam masa 24 jam.

Jom borong tudung masjid india di Mulawa Fashion.
Beli tudung online dan anda akan jimat masa dan tenaga bahkan duit anda!
Klik link berikut untuk lihat senarai tudung:-
Katalog borong
Album borong FB


tq









Catat Ulasan